2010 PENGALAMAN KE DUA (PART 1)
Seronok
belajar di shahputra ni, dengan keadaan tempat study yang selesa, nak belajar
pun tak ada tekanan. Aku nekad untuk belajar betul-betul kali ni dan target
untuk dapat result cemerlang every semester. Semester pertama, aku tinggal di
hostel. Dalam bilik aku, ada 10 orang lagi member yang berbeza-beza course dan
umur pun berbeza. Tak sama macam zaman sekolah dulu, semuanya sebaya. Apa yang
lain lagi, zaman study ni aku kena cari makan sendiri. Kalau dulu waktu di
asrama sekolah, makanan disediakan di dewan makan. Kalau nak diceritakan bab
berdikari, di sinilah ianya bermula. Sem pertama, aku masih belum dapat apa-apa
pinjaman lagi. Tetapi aku ada apply untuk pinjaman mara. Apa yang aku dengar
kalau kita pinjam dengan mara, result yang cemerlang akan dapat mengurangkan
kos bayaran balik pinjaman. Jadi disebabkan hal itu, aku memilih untuk buat
pinjaman mara. Aku ada 3 orang kawan baik sewaktu belajar di shahputra ini.
Nama mereka Ira, Yati dan Nelly. Ira dan Yati berasal dari Sabah dan mereka berdua
sudah saling mengenali sebelum mereka datang ke semenanjung lagi. Nelly pula
berasal dari Kuantan. Jadinya, selok belok Kuantan ni, Nelly lah yang lebih
expert. Kami mula rapat dari sesi orientasi lagi. Aku, Nelly dan Ira memang
satu kumpulan semasa orientasi. Tapi kami jadi rapat dengan Yati sebab dia
kawan sekampung dengan Ira. Kami akan pergi kelas sama-sama kecuali Nelly dia
akan datang kelas sendiri memandangkan dia outsider. Kawan-kawan baik aku ni
semuanya sudah berpacaran, aku pula masih single selepas aku putus dengan Amir
dulu. Terselit juga rasa menyesal kerana undur diri terlalu cepat, last-last
clash jugak dia dengan Husna. Tapi tu lah dinamakan takdir. Mungkin dah
ditentukan aku dengan si Amir tu akan jadi sebagai kawan sahaja.
Pada
suatu hari, aku pulang ke daerah kelahiran aku Bera. Memang setiap kali cuti
aku akan balik kampung. Mak aku tiba-tiba cerita pada aku bahawa ada seorang
lelaki yang berkenan dengan aku. Dan lelaki ni gentle gila beritahu keluarga
aku yang dia suka pada aku. Dia ni rupa-rupanya kerja satu sekolah dengan ayah
aku. Opss, ayah aku tukang kebun je, dan dia pulak technician. Aku macam tak
ada feeling lansung lah kan sebab aku tak kenal siapa orang nya. Hati aku pada
waktu tu macam susah sangat nak terima orang baru dalam hati aku ni. Tapi aku
tahu lelaki ni baik, nama dia Syukri. Kata mak aku, dia ni dah mampu nak jadi
seorang suami, dia muda lagi tapi dia dah ada kereta sendiri dan kerja pun
under kerajaan. Aku pun cuba lah mengenali lelaki ni, aku macam pasrah je
dengan kehendak keluarga aku. Keluarga aku tak lah memaksa Cuma mereka
recommend pada aku je. Bila dah kenal tu, aku dapat rasa lelaki ni memang baik.
Dia asal orang Terengganu. Kebetulan time ni, mak aku ambil part time malam-malam
jaga gelanggang futsal. Saja nak cari income lebih. Setiap kali aku balik
kampung aku akan temankan mak aku kerja malam-malam kat futsal court tu. Si syukri
ni memang minat bola, lagi menjadi-jadi dia main futsal bila ramai kawan-kawan
dia dari Terengganu kerja di daerah yang sama. Tapi walaubagaimana pun, aku
tetap tak boleh timbulkan perasaan apa-apa pada dia. Aku Cuma nak layan dia
sebagai seorang kawan je. Dia selalu cuba untuk support aku dari segi kewangan,
kononnya dia cuba untuk protect aku. Disebabkan aku serba salah untuk berlaku
dingin dengan dia, aku terpaksa terima setiap kali dia ajak aku keluar dengan
dia. Mak aku pun selalu suruh aku keluar dengan dia sebab mak aku memang
berkenan dengan dia ni.
Aku
cuba terima kawan-kawan dia sekali dan ada di antara kawan dia memang rapat
dengan aku. Mereka ni semua, baik-baik dan kuat iman. Tapi tak pernah aku
sangka salah seorang dari mereka semua ni ada yang tak senang dengan hubungan
aku dan syukri. Aku dengar cerita daripada seseorang ni yang budak ni hasut
syukri supaya jangan lagi berkawan dengan aku. Kononnya aku ni budak tak baik,
aku just berkawan sebab aku nak cuba kikis duit si syukri ni. Tuhan je tahu
betapa menggelegaknya hati aku time tu. Aku rasa nak terus pergi jumpa dengan
si mulut longkang tu. Dia lansung tak tahu apa-apa pasal aku. Sepanjang aku
berkawan dengan syukri tu, tak pernah sekali pun aku minta apa-apa. Minta pinjam
duit jauh sekali lah. Sebab aku tahu aku tak ada hati pada dia, jadi aku
elakkan diri aku dari terhutang budi dengan dia. Walau pun aku tahu syukri tu
banyak duit tapi aku tak pernah berniat nak mempergunakan dia. Tapi aku
sabarkan hati aku, dan biarkan diri aku sejuk dulu. Aku ceritakan hal ini pada
mak aku supaya mak aku faham kenapa aku menjauhkan diri daripada syukri ni. Dan
aku juga berterus terang pada syukri semua yang aku tahu. Memang jenis aku akan
berterus terang kalau ada yang terbuku di hati aku ni. Syukri pujuk aku supaya
jangan dengar semua cerita tu. Aku tahu dia nak sedapkan hati aku je, padahal
aku tahu semua cerita tu betul. Bila keadaan dah kembali okay, aku berkawan
semula dengan syukri seperti biasa.
Lama
kelamaan, aku rasa diri aku patut beri peluang kepada orang lain. Aku berniat
untuk cuba buka hati aku ni pada syukri memandangkan aku tengok dia sanggup
tunggu dan sabar tunggu aku. Dia sentiasa layan aku dengan baik. Walaupun aku
masih belum ada hati pada dia tapi aku sedar yang lebih baik kita cuba
menyayangi orang yang sayang pada kita daripada kita menyayangi orang yang
belum tentu sayang pada kita. Mak aku pun selalu pesan, lebih baik cari orang
yang sayang pada kita, jangan cari orang yang kita sayang. Suatu hari, syukri
hantarkan aku ke stesen bas untuk aku pulang ke kuantan. Bila aku naik je bas
aku aku Tanya dia ada perasan tak dalam kereta aku ada letak satu note. Dalam note
tu aku ada tulis yang aku dah buka hati untuk dia dan dah sampai masa nya untuk
aku terima dia dalam hati aku. Syukri jawab, “ ya , saya ada jumpa note awak tu, tapi saya nak minta maaf sebab saya
anggap awak kawan je sebab saya ingat awak memang tak kan terima saya. Saya rasa
saya dah tak suka awak ke arah tu sekarang. Dulu memang saya nak kat awak, tapi
sekarang tak macam tu dah”. Sekali lagi hati aku sakit, kecewa and pedih. Macam
ni ke seorang lelaki yang betul-betul nak kan seorang perempuan ?? Hari tu dia
juga yang cakap sanggup tunggu aku sementara tu berkawan je dulu. Tapi aku cuba
coolkan diri aku. Aku cakap balik pada dia “ eh tak apalah kalau macam tu, saya pun Cuma nak try terima awak dulu
sebab saya pun paham saya buat awak tunggu lama sangat “. Padahal dalam
hati aku, apa yang lama sangat dia tunggu, memang jenis bukan minat sungguh
tapi minat main-main. Memang aku marah sangat time tu sebab kenapa dia layan
aku sama macam mula-mula kenal. Kalau dia dah tak nak tunggu aku atleast dia
jauhkan diri dari aku dan cara berhubung melalui sms pun mesti berubah. Ni tak,
kalau dalam sms tu bukan main lagi dia usik-usik aku.
Sejak
dari hari tu, memang aku tak ada mesej dia macam sebelum tu. Sampai lah satu
hari, kawan dia ni nama Iman, pm aku kat fb. Dia beritahu aku yang syukri tu
dah bertunang dah. Kalau nak kata terkejut tu, memang aku cukup terkejut sebab
cepatnya dia bertunang. Bila masa dia berkenalan dengan perempuan lain ? aku
rasa memang sepanjang dia cuba mengenali aku, dia ada juga mengenali perempuan
lain. Ikhlas ke perasaan dia pada aku selama ni kalau macam ni cara dia ?
gentle ? jumpa mak ayah aku ?? selalu tolong aku ? aku betul-betul tak faham
macam mana nak ukur kejujuran seseorang. Kenapa lah saat aku mula cuba buka
hati aku, semua benda ni jadi semula. Aku memang tak kecewa sangat kali ni
sebab aku pun taka da hati lagi pada si syukri tu tapi cara dia ni buat aku
rasa sakit hati. Dia cakap dia faham aku, dia sanggup bagi masa tapi last-last
macam ni jadi nya. Kata si Iman tu, dia dah bertunang sejak dia masih rapat
dengan aku lagi. Apa-apa pun, sejak kes aku dengan Amir dulu, aku dah jadi
makin kuat. Aku tak terlalu sedih dan aku berjaya hindarkan diri dari jadi
murung macam dulu. Cuma aku nekad yang aku memang tak nak jatuh cinta atau percaya
lelaki mudah-mudah. Aku rasa benci dan sakit hati dipermainkan perasaan macam
ni. Disebabkan dia dah jadi tunangan orang aku terus stop berhubugan dengan
dia. Aku tak nak berhubungan dengan tunangan orang. Aku tak nak nanti jadi
salah faham dalam hubungan orang lain. Walaupun syukri ada contact aku, aku
just diamkan diri sehingga lah dia sendiri stop hubungi aku. Akhirnya tamatlah
perkenalan aku dengan syukri dan lega rasa nya bila keluarga aku pun faham keadaan aku. Apa yang lebih penting, aku nak
target dekan pada semester pertama aku di kolej. Aku abaikan segala
perasaan-perasaan tak penting yang ada dalam kepala otak aku. Pada aku biarkan
lah kalau orang dah tak nak dengan kita. Lebih baik focus study dan bergembira
dengan kawan-kawan kolej aku sahaja.
TO BE CONTINUE …
IRA NELLY ZATY YATI