2010 PENGALAMAN KE DUA (PART 1)


Seronok belajar di shahputra ni, dengan keadaan tempat study yang selesa, nak belajar pun tak ada tekanan. Aku nekad untuk belajar betul-betul kali ni dan target untuk dapat result cemerlang every semester. Semester pertama, aku tinggal di hostel. Dalam bilik aku, ada 10 orang lagi member yang berbeza-beza course dan umur pun berbeza. Tak sama macam zaman sekolah dulu, semuanya sebaya. Apa yang lain lagi, zaman study ni aku kena cari makan sendiri. Kalau dulu waktu di asrama sekolah, makanan disediakan di dewan makan. Kalau nak diceritakan bab berdikari, di sinilah ianya bermula. Sem pertama, aku masih belum dapat apa-apa pinjaman lagi. Tetapi aku ada apply untuk pinjaman mara. Apa yang aku dengar kalau kita pinjam dengan mara, result yang cemerlang akan dapat mengurangkan kos bayaran balik pinjaman. Jadi disebabkan hal itu, aku memilih untuk buat pinjaman mara. Aku ada 3 orang kawan baik sewaktu belajar di shahputra ini. Nama mereka Ira, Yati dan Nelly. Ira dan Yati berasal dari Sabah dan mereka berdua sudah saling mengenali sebelum mereka datang ke semenanjung lagi. Nelly pula berasal dari Kuantan. Jadinya, selok belok Kuantan ni, Nelly lah yang lebih expert. Kami mula rapat dari sesi orientasi lagi. Aku, Nelly dan Ira memang satu kumpulan semasa orientasi. Tapi kami jadi rapat dengan Yati sebab dia kawan sekampung dengan Ira. Kami akan pergi kelas sama-sama kecuali Nelly dia akan datang kelas sendiri memandangkan dia outsider. Kawan-kawan baik aku ni semuanya sudah berpacaran, aku pula masih single selepas aku putus dengan Amir dulu. Terselit juga rasa menyesal kerana undur diri terlalu cepat, last-last clash jugak dia dengan Husna. Tapi tu lah dinamakan takdir. Mungkin dah ditentukan aku dengan si Amir tu akan jadi sebagai kawan sahaja.

Pada suatu hari, aku pulang ke daerah kelahiran aku Bera. Memang setiap kali cuti aku akan balik kampung. Mak aku tiba-tiba cerita pada aku bahawa ada seorang lelaki yang berkenan dengan aku. Dan lelaki ni gentle gila beritahu keluarga aku yang dia suka pada aku. Dia ni rupa-rupanya kerja satu sekolah dengan ayah aku. Opss, ayah aku tukang kebun je, dan dia pulak technician. Aku macam tak ada feeling lansung lah kan sebab aku tak kenal siapa orang nya. Hati aku pada waktu tu macam susah sangat nak terima orang baru dalam hati aku ni. Tapi aku tahu lelaki ni baik, nama dia Syukri. Kata mak aku, dia ni dah mampu nak jadi seorang suami, dia muda lagi tapi dia dah ada kereta sendiri dan kerja pun under kerajaan. Aku pun cuba lah mengenali lelaki ni, aku macam pasrah je dengan kehendak keluarga aku. Keluarga aku tak lah memaksa Cuma mereka recommend pada aku je. Bila dah kenal tu, aku dapat rasa lelaki ni memang baik. Dia asal orang Terengganu. Kebetulan time ni, mak aku ambil part time malam-malam jaga gelanggang futsal. Saja nak cari income lebih. Setiap kali aku balik kampung aku akan temankan mak aku kerja malam-malam kat futsal court tu. Si syukri ni memang minat bola, lagi menjadi-jadi dia main futsal bila ramai kawan-kawan dia dari Terengganu kerja di daerah yang sama. Tapi walaubagaimana pun, aku tetap tak boleh timbulkan perasaan apa-apa pada dia. Aku Cuma nak layan dia sebagai seorang kawan je. Dia selalu cuba untuk support aku dari segi kewangan, kononnya dia cuba untuk protect aku. Disebabkan aku serba salah untuk berlaku dingin dengan dia, aku terpaksa terima setiap kali dia ajak aku keluar dengan dia. Mak aku pun selalu suruh aku keluar dengan dia sebab mak aku memang berkenan dengan dia ni.

Aku cuba terima kawan-kawan dia sekali dan ada di antara kawan dia memang rapat dengan aku. Mereka ni semua, baik-baik dan kuat iman. Tapi tak pernah aku sangka salah seorang dari mereka semua ni ada yang tak senang dengan hubungan aku dan syukri. Aku dengar cerita daripada seseorang ni yang budak ni hasut syukri supaya jangan lagi berkawan dengan aku. Kononnya aku ni budak tak baik, aku just berkawan sebab aku nak cuba kikis duit si syukri ni. Tuhan je tahu betapa menggelegaknya hati aku time tu. Aku rasa nak terus pergi jumpa dengan si mulut longkang tu. Dia lansung tak tahu apa-apa pasal aku. Sepanjang aku berkawan dengan syukri tu, tak pernah sekali pun aku minta apa-apa. Minta pinjam duit jauh sekali lah. Sebab aku tahu aku tak ada hati pada dia, jadi aku elakkan diri aku dari terhutang budi dengan dia. Walau pun aku tahu syukri tu banyak duit tapi aku tak pernah berniat nak mempergunakan dia. Tapi aku sabarkan hati aku, dan biarkan diri aku sejuk dulu. Aku ceritakan hal ini pada mak aku supaya mak aku faham kenapa aku menjauhkan diri daripada syukri ni. Dan aku juga berterus terang pada syukri semua yang aku tahu. Memang jenis aku akan berterus terang kalau ada yang terbuku di hati aku ni. Syukri pujuk aku supaya jangan dengar semua cerita tu. Aku tahu dia nak sedapkan hati aku je, padahal aku tahu semua cerita tu betul. Bila keadaan dah kembali okay, aku berkawan semula dengan syukri seperti biasa.

Lama kelamaan, aku rasa diri aku patut beri peluang kepada orang lain. Aku berniat untuk cuba buka hati aku ni pada syukri memandangkan aku tengok dia sanggup tunggu dan sabar tunggu aku. Dia sentiasa layan aku dengan baik. Walaupun aku masih belum ada hati pada dia tapi aku sedar yang lebih baik kita cuba menyayangi orang yang sayang pada kita daripada kita menyayangi orang yang belum tentu sayang pada kita. Mak aku pun selalu pesan, lebih baik cari orang yang sayang pada kita, jangan cari orang yang kita sayang. Suatu hari, syukri hantarkan aku ke stesen bas untuk aku pulang ke kuantan. Bila aku naik je bas aku aku Tanya dia ada perasan tak dalam kereta aku ada letak satu note. Dalam note tu aku ada tulis yang aku dah buka hati untuk dia dan dah sampai masa nya untuk aku terima dia dalam hati aku. Syukri jawab, “ ya , saya ada jumpa note awak tu, tapi saya nak minta maaf sebab saya anggap awak kawan je sebab saya ingat awak memang tak kan terima saya. Saya rasa saya dah tak suka awak ke arah tu sekarang. Dulu memang saya nak kat awak, tapi sekarang tak macam tu dah”. Sekali lagi hati aku sakit, kecewa and pedih. Macam ni ke seorang lelaki yang betul-betul nak kan seorang perempuan ?? Hari tu dia juga yang cakap sanggup tunggu aku sementara tu berkawan je dulu. Tapi aku cuba coolkan diri aku. Aku cakap balik pada dia “ eh tak apalah kalau macam tu, saya pun Cuma nak try terima awak dulu sebab saya pun paham saya buat awak tunggu lama sangat “. Padahal dalam hati aku, apa yang lama sangat dia tunggu, memang jenis bukan minat sungguh tapi minat main-main. Memang aku marah sangat time tu sebab kenapa dia layan aku sama macam mula-mula kenal. Kalau dia dah tak nak tunggu aku atleast dia jauhkan diri dari aku dan cara berhubung melalui sms pun mesti berubah. Ni tak, kalau dalam sms tu bukan main lagi dia usik-usik aku.

Sejak dari hari tu, memang aku tak ada mesej dia macam sebelum tu. Sampai lah satu hari, kawan dia ni nama Iman, pm aku kat fb. Dia beritahu aku yang syukri tu dah bertunang dah. Kalau nak kata terkejut tu, memang aku cukup terkejut sebab cepatnya dia bertunang. Bila masa dia berkenalan dengan perempuan lain ? aku rasa memang sepanjang dia cuba mengenali aku, dia ada juga mengenali perempuan lain. Ikhlas ke perasaan dia pada aku selama ni kalau macam ni cara dia ? gentle ? jumpa mak ayah aku ?? selalu tolong aku ? aku betul-betul tak faham macam mana nak ukur kejujuran seseorang. Kenapa lah saat aku mula cuba buka hati aku, semua benda ni jadi semula. Aku memang tak kecewa sangat kali ni sebab aku pun taka da hati lagi pada si syukri tu tapi cara dia ni buat aku rasa sakit hati. Dia cakap dia faham aku, dia sanggup bagi masa tapi last-last macam ni jadi nya. Kata si Iman tu, dia dah bertunang sejak dia masih rapat dengan aku lagi. Apa-apa pun, sejak kes aku dengan Amir dulu, aku dah jadi makin kuat. Aku tak terlalu sedih dan aku berjaya hindarkan diri dari jadi murung macam dulu. Cuma aku nekad yang aku memang tak nak jatuh cinta atau percaya lelaki mudah-mudah. Aku rasa benci dan sakit hati dipermainkan perasaan macam ni. Disebabkan dia dah jadi tunangan orang aku terus stop berhubugan dengan dia. Aku tak nak berhubungan dengan tunangan orang. Aku tak nak nanti jadi salah faham dalam hubungan orang lain. Walaupun syukri ada contact aku, aku just diamkan diri sehingga lah dia sendiri stop hubungi aku. Akhirnya tamatlah perkenalan aku dengan syukri dan lega rasa nya bila keluarga aku pun faham  keadaan aku. Apa yang lebih penting, aku nak target dekan pada semester pertama aku di kolej. Aku abaikan segala perasaan-perasaan tak penting yang ada dalam kepala otak aku. Pada aku biarkan lah kalau orang dah tak nak dengan kita. Lebih baik focus study dan bergembira dengan kawan-kawan kolej aku sahaja.


TO BE CONTINUE …

IRA NELLY ZATY YATI



PERKENALAN 2008 – 2009 (SEMENTA)

Habis je PMR aku terus apply masuk sekolah teknik dan aku Berjaya mendapat tempat di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TENGKU AMPUAN AFZAN, BENTONG. Ini lah kali pertama aku berjauhan dari keluarga aku, aku perlu stay di asrama. Aku asal dari daerah Bera. 1st day masuk sekolah tu memang aku rasa macam nak lari, tak tahan dengan tekanan dari senior kat sana semasa tempoh orientasi. Macam dalam latihan askar rasanya, semua nak kene cepat. Baru nak suap nasi dalam mulut dan kena jerit suruh beratur dalam masa 2 minit. Tapi aku pun bukan jenis cepat mengalah, aku Cuma pikir kalau orang lain boleh bertahan kenapa aku tak boleh kan ?. Jadi aku stay juga dan terus bersabar.

 After 1 week, orientasi pun habis dan kehidupan kat sekolah asrama tu hanya lah seperti sekolah biasa juga. Tahun pertama aku di sekolah tu, aku join kelab sukan bola jaring dan aku berjaya mewakili sekolah ke peringkat negeri. Sekolah aku berjaya mendapat tempat ke dua dalam acara tu. Kalau nak kata bangga, memang bangga lah kan sebab dapat naik pentas kat sekolah ambik medal. Aku ambil jurusan kejuruteraan awam semasa di sekolah ni. Aku boleh dikategorikan antara budak-budak pandai juga, ranking aku dalam kelas tak lari dari no 1 hingga 3. Tapi tak lah pandai sangat aku ni. Cuma kalau dalam kelas tu aku selalu dapat no tinggi2, tu je. Sekolah aku setiap kali ada peperiksaan, cikgu-cikgu akan adakan penganugerahan hadiah kepada pelajar yang score tinggi dalam matapelajaran. Aku antara pelajar yang selalu naik pentas ambil award ni. Memang bangga jugak lah kan, sebab aku ni bukan kategori  pelajar popular. Maklumlah aku ni tak cantik, dah lah hitam zaman sekolah dulu, kes bersukan punya pasal. Kat sekolah aku ni, ramai sgt girl-girl yang cantik dan majoriti student sekolah ini, ramai dari KL. Aku cuma berkawan dengan budak perempuan je, budak lelaki pun sekadar classmate dan kawan sekampung je. 

Aku agak baik pada tahun pertama sekolah ni. Ramai cikgu suka aku. Guru kelas aku pun selalu dengan aku, apa-apa mesti panggil nama aku. Sampaikan ketua dan penolong kelas aku anti aku kes nya guru kelas aku lebihkan aku. Walaupon aku antara budak baik tapi aku jugak bukan lah budak skima. Aku jenis flexible, aku boleh berkawan dengan semua jenis puak. Biasalah sekolah kan banyak puak, puak skima, puak gedik2, puak gangster sekolah, semua aku join group-group ni. Aku boleh berkawan dengan semua orang, termasuk lah dengan gang2 senior. Aku dapat join group senior pun sebab aku join gang bola jaring sekolah. Jadi aku terselamat dari menjadi mangsa buli senior, bukan nak cakap apa lah, sepanjang aku hidup aku tak pernah kena buli malah aku lah yang selalu buli orang. Menyesal jugak kadang-kadang buat macam tu. Tapi aku just buli mereka-mereka yang sombong dan suka cari pasal je, yang baik-baik aku tak akan kacau. Lupa nak mention, nama guru kelas aku tu Nik Anun Marni. Kami panggil dia teacher Nik sebab dia mengajar subjek English. Aku memang rapat dengan dia, sampai dia selalu panggil aku tidur rumah dia dulu. Sepanjang tahun pertama ni, aku memang seorang student yang baik dan aku memang bersih dari sebarang kes.  

Tahun kedua, ha ini lah tahun yang memang dinantikan kerana kami semua akan menjadi senior dan kami pula akan menyambut kehadiran junior. Tapi aku tak pernah ada niat pun untuk buat apa-apa pada junior. Aku dah tak suka nak kacau-kacau orang. Tahun kedua ni, aku da mula ramai kawan laki sebab aku handle bas chatted, aku tak tahu correct spelling dia. Tapi maksud bas chatted ni, bas sewa yang ala-ala bas express, boleh balik ikut highway dan tak perlu berhenti sini sana. So perjalanan balik kampong kami cepat sikit lah. So aku collect duit tiket dari budak-budak yang nak balik ke area temerloh. Budak bera, Jengka, Jerantut, Temerloh semua suka lah aku buat bas ni sebab bas ni terus jemput kami kat depan sekolah. Sebelum ni kami semua terpaksa tunggu teksi tepi jalan lepas tu baru pergi busten and tunggu lagi kat busten tu sebelum bas bergerak, paling benci kena berebut-rebut. Since tu lah budak-budak panggil aku tokan, dan ramai lah budak respect aku sebab aku orang pertama selepas senior buat benda ni. Aku dapat buat system ni pun sebab senior yang rapat dengan aku dulu lah ajarkan. Untung kan baik dengan senior. Dengan benda ni jugak lah aku dapat cari duit poket lebih. 

Sejak parents aku divorced, hidup aku dah tak sama macam orang lain, kewangan sekolah aku very very limited. Sebelum aku masuk sekolah ni pun aku da mula bekerja, aku tolong orang berniaga petang-petang lepas balik sekolah. Aku kerja lah sampai tengah malam. Tapi aku tetap juga berjaya dalam PMR. Tak lah excellent sangat result nya tapi ok lah 4a 2b 2c. Aku terpaksa kerja sebab aku nak dapat belanja macam orang lain. Baju raya, pakai dalam, topup semua aku dah kena cari sendiri. Mak ayah aku tak dapat dah nak sponsor lebih-lebih. Kadang-kadang aku sakit hati juga sebab aku ni buku rujukan pun tak pernah beli. Aku sekadar belajar apa yang ada dalam kelas je. Tapi aku paham jugak kesusahan keluarga aku masa tu. Ayah aku bab lain semua ok, ayah aku memang best, sporting, dia just lacking bab duit je. Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi mcm tu. Mak aku pulak memang susah lah, husband baru dia pun bukan orang senang jugak. So aku kuatkan jugak lah semangat aku ni, naseb baik aku dapat biasiswa persekutuan masa sekolah. Dapatlah aku bayar yuran-yuran sekolah dan beli pakaian sekolah. Itu pun beli yang murah-murah je. Naseb baik aku memang jenis ukur baju dibadan sendiri, aku sedar kemampuan aku paras mana je. Orang lain semua ada buku rujukan semua, aku pulak belajar je mana yang diajarkan dalam kelas. 

Berbalik pada cerita aku pada tahun kedua ni, aku kira macam syok lah berkawan ramai. Keluar lah segala sifat-sifat original aku yang aku simpan selama ni. Aku memang dari dulu pun aku jenis tak suka paksa diri aku belajar. Kalau aku tak ada mood memang aku tak belajar. So, aku ni kuat jugak lah ponteng kelas semua. Tapi tak kantoi dengan cikgu. Aku antara student yang kuat tidur dalam kelas, tapi cikgu tak pernah marah kalau aku tidur sebab aku selalu dapat je score tinggi time exam. Bukan nak bangga lah tapi aku punya prinsip study smart not study hard. One day, bff aku “ jue” namanya, mengadu kena kacau dengan beberapa orang budak junior. Bff aku ni memang dia lemah lembut sikit. Tapi boleh je masuk kepala dengan dia, just jiwa nya je tak cukup kental. Balik dari dewan makan dia mengadu macam-macam kat aku. Aku agak bengang juga lah member baik kene buli kan, tapi aku sabar. Esok hari nya aku pergi jumpa budak-budak yang kacau kawan aku tu. Tiga orang je mereka tu, tomboy kononnya. Sebelum loceng sekolah bunyi, aku pergi slowtalk dengan budak tu, aku Tanya baik-baik apa masalah dia buat senior dia macam tu, dia boleh jawab kurang ajar dengan aku, “ akak sibuk kenapa, bukan saya cari pasal dengan akak pun”. Time tu pulak lah loceng bunyi, kalau tak dah lama aku bantai budak tu. Sampai time rehat, budak sebilik aku sorang ni, nama dia Nani, asal dari jengka, memang kaki gaduh, dia ajak aku pergi tibai budak tu. Budak-budak tomboy tu tengah makan, aku pun dengan hasutan-hasutan syaiton nirrojim, aku pergi tolak kepala budak tu sampai nak termasuk dalam pinggan dia. Habis bercelaru kantin sekolah time tu. Bertumbuk gila-gila time tu tapi lembik je tomboy tu rupanya. Cikgu datang untuk lerai keadaan, tapi aku sempat lari dan menyuruk. Kecoh time tu kes aku bergaduh, kata cikgu-cikgu, kami catat sejarah gaduh macam tu kat sekolah tu. Guru kelas aku pulaukan aku, dia marah sangat dengan tindakan aku tu. Dia cakap aku nak tunjuk hero. Dalam keadaan aku yang tak berapa matang tu, aku tak boleh terima apa yang cikgu tu cakap. 

Esok hari nya, aku balik kampung sebab cuti sabtu ahad, balik je dari kampung aku dengar budak-budak lain repeat balik dengan junior tu semasa aku tak ada. Dengar ceritanya, teruk lah budak tu kena. Sampai mak ayah budak tu report polis. Balik je aku ke asrama semula, terus warden jumpa aku dan cakap “ Izati, awak kena pergi balai lepas ni dengan beberapa kawan awak yang terlibat”. Aku pun buat tak hairan jelah sebab ingatkan warden yang hantarkan pergi balai. Rupanya polis datang angkut kami yang terlibat ni dengan van polis. Malu jugak lah time tu sedangkan budak lelaki pun tak ada yang kena angkut dengan polis. Sampai dekat balai polis marah kami dan kami ada kan sesi debat, dengan kepakaran mengulas cerita yang aku ada, aku menang kes tu. Bangga nya rasa time tu sebab berjaya yakinkan pihak polis bahawa pergaduhan yang berlaku berpunca daripada budak-budak tomboy tu. Apa yang kelakar, salah seorang budak tomboy tu cakap pada polis, dia bengang dengan senior sebab senior panggil dia orikk. Orikk ni kalau dalam cerita melayu lakonan apek merupakan seekor beruk. Mana lah kami tahu nak panggil dia apa selain panggilan ni sedangkan semua kawan-kawan dia sendiri pun panggil dia orikk. Tak cukup dengan tu, statement maut dia bagi pada cikgu pulak “ cikgu, walaupun saya ni tak cantik tapi saya ada pakwe tau”. Alahai adek, sedarlah sikit umur kau berapa time tu nak cakap pasal pakwe. Kalau ye pun dah pandai berkapel-kapel tak perlu lah mention perkara macam tu pada cikgu. Nak pecah perut aku mendengarnya. 

Sejak dari kes tu, budak-budak panggil aku dengan si Nani tu taiko. Sebenarnya aku tak suka gelaran-gelaran macam tu, macam aku ni jahat sangat pulak. Tapi memang jenis aku, aku seorang yang tak suka cakap belakang. Apa sahaja yang aku tak puas hati aku akan pergi direct jumpa orang tu dan straight to the point. Jadi kerana sifat aku yang macam tu lah, orang tak nak cari pasal dengan aku. Makin ramai lah budak lelaki yang suka berkawan dengan aku, dan diaorang semua ni memang baik dengan aku dan jaga aku. Dalam keadaan aku yang ada masalah kewangan pada waktu tu, kawan-kawan ni lah yang banyak tolong aku. Diaorang selalu dengar masalah aku. Sehingga lah pada suatu masa, aku mula suka pada salah seorang budak lelaki ni. Kami mula berhubung melalui sms, dan kerap sms. Dia suka sangat usik aku dalam sms sampai lah kami jadi rapat dan dia mintak couple dengan aku. Perasaan aku masa tu memang suka sangat lah sebab orang yang aku suka minat dekat aku jugak. Aku terima je dia. 

Lebih kurang sebulan lepas couple tu baru lah aku dapat tahu sebenarnya dia ni dah ada girlfriend. Nama dia Mohd Amir Iskandar dan gf dia Husna. Dia dengan Husna ni dah lama couple. Aku dapat tahu semua ni daripada kawan baik lelaki ni sendiri. Kawan dia tu tak sampai hati tengok aku terus tertipu. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku masa tu tapi aku tetap teruskan hubungan kerana aku terlalu sayangkan amir tu. Sampai lah satu masa, kawan dia ceritakan aku hal sebenar. Waktu amir tu minta couple dengan aku, dia dalam keadaan separuh sedar. Dia baru lepas pekena ganja waktu dia propose aku. So maknanya dia tak pernah bermaksud pun nak couple dengan aku, tapi dia teruskan jugak couple dengan aku sebab dia jadi kesian kat aku. Macam bodoh sangat aku rasa masa tu. Aku bertepuk sebelah tangan selama ni. Tapi aku sayang sangat kat amir ni, dalam hidup aku, itulah kali pertama aku ada perasaan sukakan seseorang sampai aku sanggup serahkan segala perasaan aku ni untuk dia. Susah aku nak terima hakikat. Tapi dalam masa yang sama aku tak sampai hati nak rampas hak orang. Apa yang aku tahu waktu tu, gf amir husna ni seorang budak perempuan yang baik. Aku ambil keputusan untuk mengenali husna tu. Aku siasat dan cuba dapatkan no tel husna tu. Bukan niat aku nak rosakkan hubungan diaorang. Aku Cuma nak kenal husna ni bagaimana orang nya. Bila aku dapat bercakap dengan si husna ni thru phone, ya allah lemah lembut betul suara dia. Aku dapat bayangkan yang orang nya memang baik dan sopan. Aku ambil keputusan untuk undur diri dari game ni, lagipon amir bukan sayang aku betul-betul. Tapi amir pujuk aku supaya terus berkawan dengan dia, dan dia pun rasa bersalah sebab permainkan aku. Dia beritahu aku, memang mula-mula dia tak ada perasaan kat aku, tapi bila dia dah couple dengan aku, dia jadi sayang kat aku dan dia pun dah mula rasa serba salah, tak tahu nak pilih mana satu. Hancur sangat hati aku pada saat kali pertama aku suka kan orang ni. Aku buat keputusan muktamad yang aku tak nak teruskan hubungan dengan dia. Tapi susah sangat aku nak lupakan dia, tapi aku tak tunjuk depan dia ataupun orang lain. Aku Cuma pendam dalam hati aku sendiri semua perasaan sedih aku ni. Dalam keadaan aku yang tengah hancur hati, aku pun abaikan perasaan sedih aku tu dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya. 

Suatu hari, sekolah aku ada mengadakan program kursus di UM. Pihak sekolah benarkan kami pilih samada mahu pergi dengan pihak sekolah ataupun pergi sendiri. Aku dan kawan-kawan pilih untuk pergi sendiri memandangkan lebih enjoy pergi sendiri. Tak terikat dengan kawalan cikgu. Dalam perjalanan kami ke UM di Kuala Lumpur tu, aku terpikir yang lebih baik kami hanya berjalan-jalan di Kl, tak perlu ke kursus tu. Time ni aku lah jadi kepala nya, aku beritahu kawan aku, “kita belajar hari-hari dalam kelas pun kita tak pernah dapat A, jadi tak kan lah setakat pergi kursus satu hari kita dah boleh jadi pandai serta merta”. Kawan-kawan yang lain pun terhasut lah jugak dengan hasutan karut aku tu. Waktu tu, aku bersama 2 orang lagi kawan perempuan aku, Mira dan Husni, yang lagi 9 orang lelaki. Salah seorang dari budak lelaki ni adalah kawan baik aku dari sekolah lama. Jadi kami 11 orang ni pun cancel pergi kursus sebaliknya kami pergi melepak di KL. Habis duit aku 300 sepanjang aku di KL. Kami berjalan kat sana sampai 5 hari kami tak balik ke asrama. Cikgu dan warden puas mencari kami. Teruk betul keadaan aku time tu. Semua gara-gara frust dan keserabutan fikiran aku. Balik je ke asrama kami teruk dipulaukan cikgu. Aku tak boleh nak go on stay kat sekolah tu walaupun spm dah nak dekat. Aku call mak ayah aku supaya datang jemput aku bawak balik kampung. Aku tak nak lagi pergi ke sekolah, aku hanya akan datang sekolah semula semasa spm nanti. Mak ayah aku tak boleh nak buat apa time tu, akhirnya diaorang setuju. Aku pun pulang ke kampung, semua kawan-kawan aku risau dengan keadaan aku pada waktu tu. Ramai yang telefon aku time tu. Jue bff aku mula jauhkan diri sebab dia sedih dengan perangai aku yang pelik sangat time tu. Tiba-tiba dalam percutian aku tu, ada seorang cikgu ni call aku pujuk aku supaya balik semula ke sekolah, sebab aku dapat anugerah top 10 pelajar terbaik sekolah. Dalam masa yang sama aku dengar cerita dari classmate aku cakap yang teacher NIk tak nak halalkan ilmu yang dia pernah bagi pada aku selama ni. Aku pun jadi nak marah dan terus sms pada teacher Nik “ seorang cikgu yang ikhlas dia tak kan haramkan ilmu yg dia bagi pada student dia walau seteruk mana pun student dia tu, sedangkan nabi ampunkan umat”. Teacher Nik terus call aku dan dia jerit kat aku “ tak kisah lah awak ni top 10 ke apa ke, kalau dah kurang ajar tu kurang ajar jugak !!!”. aku pun sedih juga bergaduh dengan teacher aku ni sebab aku tahu dia marah kat aku sebab salah aku jugak. Classmate aku cerita pada aku, lepas je teacher call aku hari tu, dia menangis dalam kelas. Sedih pulak aku rasa. Akhirnya aku mengalah dan balik semula ke sekolah. Nak balik semula ke sekolah ni pun bukan senang, mak ayah aku tak ada duit nak bagi aku tambang naik bas. Nasib baik aku ada menabung syiling sikit, aku pun pergi tukar duit tu kat kedai runcit dapat lah rm 30. Aku terus tunggu bas dan balik ke asrama aku. Pada hari penyampaian hadiah tu, nama aku tertera dalam skrin sebagai salah seorang pelajar top 10. Aku yang ke 7, satu persatu nama pelajar dipanggil, tapi sampai nama aku, cikgu skip nama aku dan nama aku tak dipanggil lansung. Sekali lagi aku rasa sedih yang teramat sangat. Aku tak tahu apa yang aku rasa masa tu, aku rasa sedih, aku rasa nak marah, aku rasa menyesal, macam-macam perasaan ada masa tu. Habis je majlis, semua kawan-kawan aku datang jumpa aku dan Tanya aku ok atau pun tak. Aku rasa macam taka da hati nak struggle untuk spm. Aku tak nak stay kat asrama, aku macam memberontak. Family aku sikit pun tak tahu apa masalah aku sebenarnya sebab aku memang tak tunjuk pun yang aku dalam keadaan tak happy. Naseb baik coach bola jaring aku baik sangat dengan aku, dia pun cikgu jugak kat sekolah tu. Dia ajak aku stay rumah dia je, tak payah duduk asrama yang terlalu banyak undang-undang. Cikgu ni sangat memahami aku, dia paham yang student bermasalah macam aku tak boleh dibendung dengan cara keras. Dia jaga aku, bagi aku makan minum dan aku pun rasa happy semula. Time spm, aku dah tak study macam student lain, aku Cuma rileks dan ingat apa yang aku belajar dalam kelas je. Sampai lah ada 1 paper ni, aku memang nekad aku tak nak ambil exam. Paper kejuruteraan awam. Subjek ni aku tak pernah paham 1 benda pun, sebabnya cikgu yang mengajar subjek ni selalu masuk kelas dan tidur. Kalau dia mengajar pun aku memang tak paham lansung apa yang dia ajar. So aku pikir kalau aku ambil pun exam paper ni, aku akan gagal. So no point. Jadi sehari sebelum paper ni berlansung, aku tak stay asrama atau pun rumah coach aku. Aku check in hotel dengan kawan aku. Aku terlalu nak kan kebebasan pada waktu ni. Esok nya, seorang cikgu call aku, marah aku kenapa tak datang ambil exam. Aku macam orang tak ada hati perasaan, aku lansung tak terasa apa-apa dengan makian cikgu tu.  Mak aku pun call aku juga Tanya kenapa tak pergi exam. Tak ada jawapan lain, aku just jawab, aku akan gagal kalau aku jawab exam pun. Jadinya dalam sijil spm aku sekarang ni memang ada satu subjek TH  lah. Habis lah spm pada tahun 2009 tu, aku pun dengan rasa sedih dan insaf sikit, aku menangis jugak bila salam dengan teacher aku tu, sedih sangat aku bila time budak lain salam dia, dia lansung tak menangis tapi bila sampai turn aku, dia terus menangis sedih sangat. Nampak sangat aku banyak kecewakan dia. Subjek English yang dia ajar pun aku just dapat B+ je. Aku mintak maaf pada dia sangat-sangat. Habis je sekolah, hal antara aku dengan amir masih berlarutan. Husna pun dah tahu pasal hubungan sebenar aku dengan Amir. Tapi aku masih lagi dengan keputusan aku yang aku tak kan rampas hak orang lain. Walaupun hati aku hancur, sebab ni kali pertama aku betul-betul sukakan seseorang. Demi untuk melawan rasa sedih aku tu, aku sanggup ikut amir dengan husna keluar. Aku nak lawan perasaan aku, aku nak hati aku sedar yang lelaki tu bukan untuk aku. Bayangkan, aku Nampak aku dengar kemesraan orang yang aku suka dengan perempuan lain. Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu, aku sedih sangat tapi aku tak tunjuk aku sedih, malah aku buat-buat aku happy sangat masa tu. Itu lah perkara paling menyakitkan bila kita rasa sedih tapi kita abaikan sedih kita demi kebahagiaan orang lain. Lebih kurang 3 bulan jugak aku murung, aku jadi macam orang tak betul, sampai kan mak pun marah kan aku sebab terlalu ikotkan perasaan. Apa yang aku boleh buat time tu, bukan aku tak cuba bangkitkan diri aku tapi aku tak mampu. Mungkin orang lain rasa perkara ni mudah je. Tapi tak pada aku. Tambah-tambah bila aku ingat balik yang amir tu tak pernah ada perasaan kat aku. Masa berlalu dan aku ambil keputusan yang aku tak boleh terus down macam tu. Aku buat solat sunat hajat 20 rakaat mohon kat tuhan beri aku kekuatan dan jangan jadikan aku insan yang lemah hanya kerana cinta seorang lelaki. Alhamdulillah, tuhan dengar doa aku. Dalam sekelip mata aku terus boleh senyum dan segar seolah-olah aku baru sembuh dari penyakit. Sampai lah masa aku perlu sambung belajar. Aku daftar dekat kolej shahputra, franchise dengan uitm. Aku ambil jurusan under uitm iaitu kos office management. Seronok sangat masa ni dapat kenal dengan ramai kawan baru. Amir ada contact aku dan beritahu dia dah putus dengan husna lama dah. Tapi dia tak dapat contact aku sebab aku dah tukar nombor phone. Dia minta maaf sangat-sangat dan mohon supaya aku dapat balik dengan dia macam dulu. Aku happy sebab dia masih lagi ingat aku tapi apa aku boleh buat, hati yang dia curi dulu dia dah bagi semula kat aku. Aku dah tak ada perasaan lagi kat dia tapi aku sudi kalau dia masih nak berkawan dengan aku. Dia faham keputusan aku memandangkan semua nya berpunca dari dia. Aku pun terus berkawan dengan dia macam biasa. Di kolej shahputra ini, bermula lah kisah baru dalam hidup aku. Aku berazam aku nak belajar sungguh-sungguh dan aku nak lupakan segala kisah silam aku dulu. Aku nak focus on study.


TO BE CONTINUE …

AKU DAN JUE


RAKAN SEMENTA

Nama aku NURUL IZZATI BINTI MAULUDIN.

Tahun 2015 ni umur dah 23 tahun sebab aku lahir pada tanggal 18 Feb 1992.
Aku asal Bandar Bera, Pahang.

Still single and still jobless.

Hanya bekerja bantu kawan uruskan restaurant.

Parents dah divorced, ada abah, mak, ayah tiri and mak tiri.
Adek beradek semak sebapak ada 6 orang dan aku anak yang ke 4.
Tapi campur dgn anak mak tiri aku ada 3 orang lagi.

Kelulusan tertinggi setakat diploma je, “xde rezeki nak upgrade lagi”

( cukup lah basic things update kat sini , further details about me nanti aku update lagi, skrg dan pukul 11 mlm, aku dah ngantuk sgt. See ya )